TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG SINGGAH KE BLOG POKBAI.SEMOGA MENDAPAT MANAFAT SEMUA "

JADUAL SPM 2023

Tarikh dan Jadual Peperiksaan SPM 2023



Tarikh & Jadual SPM 2022 – 2023 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

ADVERTISEMENTS

JADUAL TERKINI TARIKH PELAKSANAAN SPM 2022 – 2023

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2022 yang akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2023.

Berikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk makluman semua, khususnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.

jadual spm 2022 2023

Senarai lampiran seperti berikut.

Isi Kandungan  tunjuk 

Jadual & Tarikh SPM 2022 – 2023 (Ujian Bertutur, Mendengar & Amali)

jadual spm 2022 2023
jadual spm 2022 2023

Jadual & Tarikh SPM 2022 – 2023 (Peperiksaan Bertulis)

TARIKH JADUAL SPM 2022 2023
TARIKH JADUAL SPM 2022 2023
TARIKH JADUAL SPM 2022 2023

ARAHAN AM

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
  2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui
portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut : Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022

http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

  •  
  •  
  •  
  •  

Average rating 4.3 / 5. Vote count: 8

Leave a Comment

Previous Post Next Post